Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di dalam Laman Web MRSM Merbok. Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan  dalam Laman Web ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif antaranya, menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai visi dan misi institusi dan  seterusnya mendedahkan sistem pendidikan yang merangkumi program akademik dan sahsiah pelajar. Laman Web ini juga diharapkan dapat membantu dari segi perlarasan dalam pelbagai  aspek termasuklah pengurusan dan pencapaian akademik.  

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan Laman Web ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan
bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

Sekian